Memori SKPL 2011

Live Info MOE.GOV.MY

sila ke laman M.O.E

Penafian!

Laman SK Pulau Larapan Semporna tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan sekolah.
Apr 6, 2012

Bilik BOSS

Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan Bilik Operasi SPBT Sekolah dengan efisien. Bilik Operasi SPBT Sekolah diwujudkan dengan konsep bilik ini hanya digunakan sebagai tempat untuk menguruskan SPBT sekolah. Sekolah perlu mengadakan satu sistem pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah yang sistematik.
Feb 23, 2012

Mesyuarat Pengurusan HEM Bil.2/2012

Mesyuarat Pengurusan HEM Bil.2/2012 hari ini lebih menarik bila pihak pengurusan sekolah telah meraikan hari kelahiran staf yang jatuh bulan Jan dan Feb, iaitu Cgu. Ibrahim, Cgu Tahir, Hj Asmari, Ust Johari, Cgu rashid dan PK HEM...Selamat Hari JAdi kepada yang terlibat, semoga panjang umur dalam berkat Ilahi..insyaAllah

Mesyuarat Kurikulum Bil.2/2012


Mesyuarat Kurikulum Bil.2/2012 telah diadakan pada 21 Feb. Kesepakatan terhasil dari mesyuarat memacu pembangunan sekolah secara holistik
Feb 20, 2012

Ujian Diagnostik KSSR Pendidikan Islam Tahun 1

Hari ini telah berjalan ujian Pengesanan Awal (Diagnostik) KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 setara bagi Daerah Semporna. Data dari ujian ini akan digunakan untuk program KSSR seterusnya Tahun Satu 2012.

Tarikh kuatkuasa SBPA kekal 1 Jan 2012

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan itu adalah wajar kerana kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
"Jadi permintaan CUEPACS ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.
"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau yakin lima tuntutan CUEPACS dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.Lima tuntutan CUEPACS itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred. Omar berkata, satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.Terdahulu, beliau bersama anggota Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. - BERNAMA
Feb 15, 2012

peranan PIBG yang membantu pembangunan sekolah keseluruhannya

Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1/2012 dipengerusikan oleh Guru Besar selaku Penasihat PIBG. Turut hadir ialah Ketua Kampung Pulau Larapan yang memberi sokongan padu kepada pentadbiran sekolah.





















komitmen mantop barisan AJK yang dinamik diharap mampu menggerak amanah yang digalas dari ahli PIBG SK. P.Larapan bersama memajukan sekolah khususnya dalam aspek kurikulum dan sahsiah murid.

Nov 18, 2011

Agihan bantuan 1 OFF RM100 yang tidak jelas perlaksanaannya..

Dalam Pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan telah mengistiharkan bantuan perseklah secara 'One Off' sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah yang pendapatan bulanan kurang RM3000, dan bantuan RM100 setiap pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Namun kerajaan mahupun kementerian terlibat belum lagi mengumumkan tatacara agihan dibuat, sebaliknya dari informasi tidak rasmi dari mulut ke mulut, ibubapa dan penjaga pelajar telah diarah membuka akaun di BSN mengakibatkan berlaku kesesakan di kaunter BSN. Ada pula kejadian di mana disebabkan dokumen buka akaun telah habis di cawangan berkenaan, maka disuruh pergi ke cawangan lain yang jauhnya hampir 500KM dengan kos pengangkutan memebihi RM100. Dalam isu ini adalah diharapkan ibubapa penjaga pelajar mendapat maklumat yang jelas dengan pihak sekolah dahulu sebelum bertindak sesuatu.
Aug 21, 2011

Solat Sunat Lailatul Qadr

Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.

.

Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.